Wednesday 1 October 2014

Dugaan Allah mematangkan hidup kita


Ya Allah, 
Minggu ni terduga lagi dengan kesihatan yang tidak begitu baik. Batuk yang berpanjangan ditambah rasa tak selesa dibahagian perut. Takpe lah, mungkin Allah nak menduga keimanan dalam diri ini kan. Orang kata, kesakitan itu penghapus kepada dosa-dosa kecil. Moga-moga dengan kesakitan ini akan menghapuskan dosa-dosa yang telah ku lakukan samaada disedari atau tidak disedari.

Hari ini, dugaan datang bertimpa-timpa. Rasa diri memang tak kuat tapi syukurlah kerana masih ada yang sudi meminjamkan bahu mereka untuk saya tangisi. Syukur dianugerahkan rakan yang memahami setiap derita hati yang melanda diri. 

"Walau tiada bahu untuk bersandar, ingatlah yang masih ada lantai untuk bersujud"

Itu kata-kata yang penah saya baca daripada FB ke mana ntah. Iyer, seteruk mana pun dugaan Allah kepada kita tidak lain dan tak bukan hanya untuk mendekatkan kita kepadaNYA. Allah rindu dengan tangisan kita semasa mengadu kepadaNYA.

Iya, mungkin diri ini terlalu alpa. Mungkin diri ini sedikit terjauh daripadaNYA. Tidak harus ku lupakan yang daku punya DIA untuk mengadu segala apa macam perkara yang terjadi dalam hidup ini.

Huhuhuhu mood touching pulak entry kali ni ek. Maaf la ye kekawan. 

Okay, saya ada benda nak dibuat, so setakat ini dulu pertemuan kita kali ni. Sudikan lah untuk tinggalkan komen buat saya jadikan penguat semangat.

Dan jangan lupa pergi ke blog saya yang satu lagi. Saya ada offer menarik untuk sesiapa yang bertuah. PENJIMATAN SEHINGGA RM150, CASH BACK RM36 dan FREE GIFT bernilai RM50.
KLIK DISINI 

Syaz~
021340HOktober2014
MakBes

No comments:

Post a Comment